Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Notis Data Peribadi)

Hospital PUSRAWI Sdn Bhd adalah tertakluk kepada prinsip perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai PDPA) yang telah berkuatkuasa mulai 15 November 2013, untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Terma-terma “data peribadi”, “pemprosesan” dan “transaksi komersial” mempunyai maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam PDPA.
Anda diwajibkan untuk memberikan kepada kami data peribadi anda. Sekiranya anda gagal untuk memberikan data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memproses dan/atau menzahirkan data peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di dalam item C) di bawah.
Notis Data Peribadi ini terpakai bagi mana-mana pihak yang data peribadinya diproses oleh Hospital PUSRAWI Sdn Bhd.
Kami ingin memaklumkan kepada anda bagaimana data peribadi anda diproses oleh dan bagi pihak Hospital PUSRAWI Sdn Bhd.

A) Sumber Data Peribadi
Data peribadi anda dikumpul daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat yang telah anda berikan kepada kami, maklumat daripada pihak ketiga dan maklumat dalam domain awam.

B) Jenis Data Peribadi
Data peribadi anda yang diproses oleh kami termasuk, mana-mana yang berkenaan:- nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau nombor paspot, nama majikan/syarikat, alamat rumah dan pejabat, nombor telefon/telefon bimbit, nombor faks, alamat emel, pekerjaan, umur, jantina, status perkahwinan, berat, tinggi, gambar, bangsa, kerakyatan, agama, maklumat keluarga/keluarga terdekat, keputusan pemeriksaan perubatan, rekod perubatan, MRN, laporan perubatan, diagnosis, maklumat kesihatan, rekod jenayah, keputusan siasatan, maklumat insurans dan data peribadi lain yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan C) di bawah.

C) Tujuan Data Peribadi
Data peribadi anda diproses bagi tujuan-tujuan seperti berikut, mana-mana yang berkenaan:-

1. Untuk perkhidmatan perubatan dan jagaan kesihatan
2. Untuk membantu keperluan peribadi pesakit (contoh melanjutkan tempoh tinggal untuk pelancongan kesihatan)
3. Untuk mewujudkan dan menguruskan rekod-rekod perubatan dan laporan-laporan perubatan
4. Untuk membantu proses pembayaran berkaitan dengan pesakit-pesakit
5. Untuk menjalankan prosiding terhadap penghutang bagi mendapatkan semula hutang
6. Untuk melaporkan data peribadi kepada pihak berkuasa dan/atau pihak-pihak ketiga di bawah undang-undang yang berkaitan dengan industri jagaan kesihataan
7. Untuk berkongsi data peribadi dengan Hospital PUSRAWI Sdn Bhd sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Akta Syarikat 1965
8. Untuk menjalankan penyelidikan, analisis dan penambahbaikan
9. Untuk memasarkan dan mengiklankan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan
10. Untuk mentadbir dan memberi maklumbalas mengenai permintaaan, pertanyaan, aduan dan isu-isu undang-undang
11. Untuk membantu aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusia berkaitan dengan pekerja-pekerja
12. Untuk penghantaran dan pendaftaran borang-borang, lesen-lesen yang berkaitan kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan dan/atau pihak-pihak ketiga di bawah undang-undang yang berkaitan dengan industri jagaan kesihataan
13. Untuk berkongsi data peribadi bagi tujuan kemudahan perbankan, menandatangani dokumen-dokumen undang-undang dan perakaunan
14. Bagi tujuan pembelian barangan, perkhidmatan sumber luar, pembangunan baru dan lain-lain
15. Untuk tujuan pendidikan dan latihan
16. Untuk apa-apa tujuan lain yang bersampingan dengan atau berlanjutan daripada tujuan yang dinyatakan di atas.

D) Penzahiran Data Peribadi
Data peribadi anda dizahirkan kepada pihak-pihak berikut, mana-mana yang berkenaan:-

1. Profesional jagaan kesihatan (sebagaimana yang ditakrifkan di dalam PDPA)
2. Hospital PUSRAWI Sdn Bhd (sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Akta Syarikat 1965)
3. Agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan agensi-agensi bukan kerajaan
4. Agen-agen pembayaran dan insurans
5. Pihak-pihak dan agensi-agensi pemungut hutang
6. Institut-institut perbankan
7. Firma-firma guaman
8. Auditor
9. Vendor/Kontraktor
10. Hospital-hospital swasta dan kerajaan yang lain
11. Penyedia-penyedia jagaan kesihatan yang lain
12. Penyedia-penyedia latihan
13. Keluarga dan keluarga terdekat
14. Kepada pihak-pihak lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, mahkamah, pengawal selia atau proses undang-undang yang memerlukan penzahiran
15. Kepada pihak-pihak lain yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia
16. Kepada mana-mana pihak yang mana Hospital PUSRAWI Sdn Bhd fikirkan perlu

E) Akses dan Kemaskini Data Peribadi
Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan agar data peribadi yang kami pegang mengenai anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat sebarang perubahan terhadap data peribadi anda atau anda percaya bahawa data peribadi anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan dan tidak terkini, sila hubungi kami agar kami dapat mengambil langkah-langkah perlu untuk mengemaskini data peribadi anda.
Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin memohon untuk mengakses data peribadi anda, sila hubungi kami. Kami sarankan agar permohonan anda untuk mengakses data peribadi yang dipegang oleh Hospital PUSRAWI Sdn Bhd dibuat secara bertulis. Kami juga mungkin akan mengambil langkah-langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permohonan anda untuk mengakses data peribadi anda.
Selaras dengan PDPA:-
i) Bergantung kepada maklumat yang dimohon, kami mungkin mengenakan bayaran selaras dengan Jadual Pertama (Peraturan 2) Peraturan-peraturan Perlindungan Data Peribadi (Fi) 2013 untuk memproses permohonan anda untuk mengakses data peribadi.
ii) Kami boleh menolak permohonan anda untuk mengakses atau membuat pembetulan selaras dengan PDPA.

F) Hubungi Kami
Sila hubungi kami dengan menggunakan cara-cara seperti di bawah jika anda ingin membuat pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda:-

Untuk Perhatian:
Unit Undang-Undang

Alamat:
Hospital PUSRAWI Sdn Bhd, Lot 149 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala

Nombor Telefon:
04-2687 5000
Samb : 2911

Faks:
03-2687 5001

Alamat Emel:
pdpa@pusrawi.com.my

Jika anda tidak berminat untuk menerima sebarang tawaran pemasaran daripada kami atau pihak lain, sila emel kepada kami di pdpa@pusrawi.com.my
Kami menyediakan Notis Data Peribadi ini di dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat sebarang keselarasan di antara dua versi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini, membenarkan pemprosesan data peribadi selaras dengan segala yang dinyatakan di atas.

PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 NOTICE (PERSONAL DATA NOTICE)

Hospital PUSRAWI Sdn Bhd is subject to the personal data protection principles under the Personal Data Protection Act 2010 (hereafter referred to as PDPA) with effect from 15 November 2013, which regulates the processing of personal data in commercial transactions. The terms “personal data”, “processing” and “commercial transactions” shall have the meaning provided in the PDPA.
It is obligatory that you supply us with your personal data. If you fail to supply us with such personal data, we may not be able to process and/or disclose your data for the purposes as provided in item C) below.
This Personal Data Notice applies to any person whose personal data is being processes by Hospital PUSRAWI Sdn Bhd.
We wish to inform you how your personal data is being processed by and on behalf of Hospital PUSRAWI Sdn Bhd.

A) Source of the Personal Data
Your personal data is collected from various sources, including information you have provided us, information from third parties and information in the public domain.

B) Description of the Personal Data
Your personal data processed by us may include, where relevant: – name, date of birth, identity card or passport, name of employer/company, home and office address, telephone/hand phone number, facsimile number, email address, occupation, age, gender, marital status, weight, height, photos, race, nationality, religion, family and/or next of kin information, medical checkup result, medical record, Medical Report No. (MRN), medical report, diagnosis, personal health information, criminal history, investigation result, insurance details and any other personal data required for the purposes set out in item C) below.

C) Purposes of the Personal Data
Your personal data may be processed for the following purposes, where relevant: –
1. For medical and healthcare services
2. To facilitate the patients personal needs (i.e. extension of stay for health tourists)
3. To establish and manage medical records and medical reports
4. To facilitate payment process relating to the patients
5. To institute debt recovery proceedings against defaulters
6. To report the personal data to the relevant authorities and/or third parties under the governing laws relevant to the healthcare industry
7. To share the personal data with Hospital PUSRAWI Sdn Bhd as defined in the Companies Act 1965
8. To conduct research, analysis and improvement
9. To market and advertise products and services
10. To administer and respond to request, queries, complaints and legal issues
11. To facilitate human resource management activities relating to employees
12. For submission and registration of relevant forms, licenses to the relevant authorities and/or third parties under the governing laws relevant to the healthcare industries
13. To share personal data for the purpose of banking facilities, signing of legal and accounting documents
14. For purpose of purchase of items, outsource of services, new development and others
15. For education and training
16. For any other purpose that is incidental or in furtherance to the above purposes

D) Disclosure of the Personal Data
Your personal data may be disclosed to the following parties, where relevant:-
1. Healthcare professional (as defined in PDPA)
2. Hospital PUSRAWI Sdn Bhd companies (as defined under Companies Act 1965)
3. Government agencies, local authorities, non-government agencies
4. Paying and insurance agents
5. Debt collection authorities and agencies
6. Financial institutions
7. Legal firms
8. Auditors
9. Vendor/Contractor
10. Other private and public hospitals
11. Other Healthcare providers
12. Training providers
13. Family and next of kin
14. To such parties as may be required by law, court, regulator or legal process to disclose
15. To such parties as may be permitted under the laws of Malaysia
16. Any other person which Hospital PUSRAWI Sdn Bhd may deem necessary

E) Access and Update the Personal Data
We shall do our best to ensure that the personal data we hold about you is accurate, complete, not misleading and up-to-date. If there are any changes to your personal data or if you believe that the personal data we have about you is inaccurate, incomplete, misleading or not up-to-date, please contact us so that we may take steps to update your personal data.
You have the right to access your personal data. If you would like to request access to your personal data, please contact us. We recommend that your request for access to your personal data held by Hospital PUSRAWI Sdn Bhd be made in writing. We may also take steps to verify your identity before fulfilling your request for access to your personal data.
In accordance with the PDPA:
i. Depending on the information requested, we may charge a fee as stipulated in the First Schedule (Regulation 2) of Personal Data Protection [Fees] Regulations 2013 for processing your request for access; and
ii. We may refuse to comply with your request to access or make a correction in accordance with PDPA.

F) How to Contact Us
Please contact us by using any of the following modes if you have any queries or complaints in respect of your personal data:-

Address:
Hospital PUSRAWI Sdn Bhd, Lot 149 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Attention:
Legal Unit

Telephone Number:
03-2687 5000
Ext : 2911

Fax:
03-2687 5001

Email Address:
pdpa@pusrawi.com.my

If you do not wish us or other parties to communicate marketing offers to you, you may email to us at pdpa@pusrawi.com.my
We provide this Personal Data Notice in both English and Bahasa Malaysia. In case of any inconsistencies between these two, the English version shall prevail.
By providing to us your personal data, you hereby consent to the processing of your personal data in accordance with all of the foregoing.