Soalan Lazim

1. DI MANAKAH HOSPITAL PUSRAWI & BAGAIMANA HENDAK KE HOSPITAL PUSRAWI?
Hospital PUSRAWI beroperasi di Lot 149, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur (berhampiran dengan Perpustakaan Negara).

Dari hentian bas Titiwangsa, sila naik bas RapidKL B114 (RM1) dan berhenti di hentian bas berhadapan Hospital PUSRAWI.


2. ADAKAH HOSPITAL PUSRAWI MEMPUNYAI KEMUDAHAN PARKIR KERETA DAN MOTOSIKAL? BERAPAKAH CAJ YANG DIKENAKAN?
Ya, ruang parkir kereta terletak di Aras B1 & B2 manakala ruang parkir motosikal terletak di sebelah kanan bangunan  Hospital PUSRAWI.  Kadar yang dikenakan adalah seperti berikut:-

KERETA

Pesakit Dalam (In-patient)
RM3.00 sehari.  (Sila dapatkan pengesahan daripada kaunter wad yang berkaitan.)

Pesakit Luar (Out-patient)

1 jam pertama                        RM2.00
Jam yang berikutnya             RM2.00
Caj maksima satu hari           RM8.00

Pembayaran boleh dibuat di kaunter tempat parkir.

MOTOSIKAL
Pesakit Dalam & Pesakit Luar (In-patient & Out-patient)
RM1.00 sekali masuk

Pembayaran hanya dibuat sewaktu hendak keluar parkir.  Pembayaran bagi penunggang motosikal hanya menggunakan wang syiling sahaja.

3. BAGAIMANA CARANYA JIKA SAYA INGIN MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN DOKTOR PAKAR ?
Sila lihat senarai perunding kami bagi mengenal pasti doktor yang berkenaan.  Seterusnya, klik nama doktor tersebut bagi mengetahui sesi rawatan yang dijalankan.  Anda boleh membuat temujanji dengan menelefon kaunter temujanji kami di talian 03-2687 5000 samb. 5129, 2499, 5130 atau melalui Sistem SMS