Urusan Kewangan

Deposit
Deposit diperlukan pada setiap kemasukan ke wad. Jumlah deposit akan bergantung kepada pilihan jenis bilik dan prosedur yang akan dilakukan. Cara pembayaran diterima adalah tunai/kad kredit dan bank draf.

Surat Jaminan
Kami hanya menerima surat jaminan daripada pihak insuran dan syarikat yang mempunyai kemudahan kredit dengan hospital kami. Sila kemukakan surat jaminan semasa pendaftaran/kemasukan ke wad. Sekiranya gagal, anda dikehendaki membayar deposit terlebih dahulu.

Pemulangan Wang dan Penambahan Deposit
Bagi yang membayar deposit secara tunai akan menerima bayaran balik deposit sekiranya terdapat lebihan daripada jumlah yang dikenakan. Sekiranya deposit tidak mencukupi maka penambahan deposit diperlukan dan anda akan dinasihatkan semasa berada di wad.