Tentang Kami

corporate

Hospital PUSRAWI MAIWP ditubuhkan pada tahun 1984 dan memulakan perkhidmatan pesakit luar di Wisma Baitulmal, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Seiring dengan pembangunan, Hospital PUSRAWI memulakan operasi di bangunan baru di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada tanggal 16 Januari 2006. Bangunan ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Hospital ini merupakan anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan mempunyai kapasiti 189 katil dan Pusat Hemodialisis.

Kesihatan, keselesaan dan keselamatan pelanggan merupakan keutamaan kami.  Bagi memastikan perkhidmatan yang cemerlang, Hospital PUSRAWI MAIWP telah diiktiraf dengan pensijilan ISO9001:2008 dan menawarkan pelbagai khidmat kepakaran dari pelbagai disiplin untuk semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.

Visi
Hospital swasta cemerlang menjadi pusat rujukan yang diutamakan, serta mampu dibiayai dan dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.
Misi
Sebuah Hospital swasta yang memenuhi tuntutan fardu kifayah menerusi perkhidmatan cemerlang dan professional, teknologi terkini, tenaga kerja yang berdedikasi bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Dasar Kualiti
Hospital PUSRAWI dan warga kerjanya akan memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi mencapai kepuasan pelanggan kami dalam masa yang berpatutan, mematuhi kod etika profesion dan piawaian pengamalan.
Objektif Hospital PUSRAWI
  • Memberi perkhidmatan kesihatan profesional dengan latihan yang berterusan
  • Menyediakan persekitaran yang selesa dan mesra pelanggan
  • Memupuk budaya kerja cemerlang berasaskan nilai-nilai Islam
  • Memberi pulangan kepada pemegang saham syarikat, wargakerja dan masyarakat
  • Meletakkan wargakerja dan pelanggan sebagai aset penting syarikat