Obstetrik

Para pelanggan yang berhasrat untuk melahirkan cahaya mata di PUSRAWI perlu menjalani pemeriksaan Pakar Sakit Puan (Obstetrician & Gynaecologist) sekurang-kurangnya dua (2) kali sebelum tarikh dijangka bersalin.

Bagi pelanggan yang pertama kali mendapatkan rawatan di sini dinasihatkan membawa kad antenatal rawatan susulan daripada klinik atau hospital terdahulu sekiranya ada.

Bagi pelanggan baru, sila hadir terus ke Klinik Siti Khadijah untuk pendaftaran.